Tuesday, April 27, 2010

PENGENALAN SEKOLAH

SJK (C) Pei Ying terletak di atas sebuah bukit yang berhampiran dengan jalan raya. Jaraknya lebih kurang 4 km dari pusat bandar Sandakan. Lokasi sekolah ini sangat baik dan unggul serta berudara nyaman yang sememangnya merupakan tempat yang sesuai dan ideal. Sekolah ini mempunyai kaki tangan seramai 30 orang termasuk kaki tangan bukan mengajar dan murid seramai 259 orang. Sekolah ini mempunyai sebuah dewan yang telah dibina sejak tahun 1990. Di dalam dewan terdapat tiga buah gelanggang badminton. Pelbagai aktiviti untuk murid-murid dijalankan di dewan tersebut.
Terdapat dua buah bangunan yang mempunyai dua belas buah bilik darjah, sebuah bilik Pendidikan Agama Islam dan sebuah bilik Kemahiran Hidup. Selain daripada itu, sekolah ini juga mempunyai sebuah perpustakaan dan sebuah bilik komputer yang dilengkapi pelbagai kemudahan. Di dalam bilik komputer terdapat 29 buah komputer yang disediakan untuk kegunaan murid-murid semasa kelas komputer dijalankan demi menguasai kemahiran dan pengetahuan teknologi. Sekolah ini juga mempunyai sebuah kantin yang bersaiz sederhana.
Pihak lembaga sekolah telah melakukan pengubahsuaian dan penambahan bilik. Tiga buah bilik untuk penolong kanan dan juga sebuah pejabat am untuk kaki tangan bukan mengajar. Walaupun ruang pejabat di sekolah kecil tetapi ianya dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Satu tempat rekreasi telah disediakan untuk kaki tangan berehat dan berbincang. Guru Besar sentiasa bekerjasama dengan kaki tangan malah bertindak selaras dengan lembaga sekolah demi perkembangan dan kemajuan sekolah.