Tuesday, April 27, 2010

SEJARAH PENUBUHAN SEKOALH

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Ying diasaskan pada tahun 1920. SJK (C) Pei Ying dahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kiao Wah. Atas inisiatif, pemuafakatan serta pengorbanan dari segala aspek oleh penduduk tempatan berbangsa Cina ketika itu, sekolah rendah yang dinamakan sebagai Sekolah Rendah Kiao Wah ini telah berjaya didirikan agar kanak-kanak di sekitar kawasan Jalan Cecily dan Jalan Leila berpeluang untuk menimba ilmu. Bangunan sekolah ini pada peringkat awal terletak di tapak asal SJK (C) Pei Ying sekarang. Tapaknya seluas 1.228 hektar didermakan oleh pertubahan pengurusan jenazah. Guru Besar yang pertama ialah Encik Kuan Kui Min dan guru pula ialah Encik Yong Kean Hiung. Jumlah murid pada ketika itu hanya lebih kurang 30 orang dan jumlahnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Encik Lo Yin Than dilantik menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1922. Bilangan guru pada ketika itu telah bertambah menjadi 5 orang manakala jumlah murid pula lebih 100 orang. Susulan sistem pengurusan dan pentabiran sekolah ini yang semakin mantap dan berada pada landasan yang betul sekolah ini telah dianggap sebagai sebuah sekolah rendah cina yang serba lengkap dengan kemudahan asas.

Sekolah ini mulai ditadbir oleh Encik Lee Chi TI dari tahun 1924 hingga 1936, iaitu selama 8 tahun. Sepanjang perkihdmatan, Encik Lee telah berjaya mengharungi segala onak dan duri tanpa menghiraukan penat-lelah sehingga meletakkan pentadbiran sekolah ini pada peringkat kemuncak. Tampuk pentadbiran kemudiannya diambil alih oleh Encik Wong Hu Phin, Encik Ng Hung Yip, dan Encik Liew Khin Feng masing-masing mentadbir sekolah ini selama dua tahun, iaitu mulai tahun 1937 hingga 1942.

Malangnya Negeri Sabah ini telah jatuh ke tangan Jepun pada Perang Dunia Ke-2. Lebih malang lagi apabila sekolah ini telah menyembah bumi akibat peperangan ini. Akibatnya sekolah ini terpaksa ditutup mulai tahun 1943 hingga 1944. Apabila tamatnya peperangan, penduduk tempatan kawasan Cecily telah bersepakat untuk membuka semula sekolah ini. Jawatan kuasa yang diketuai oleh Mendiang Ngui Ah kuai bersama-sama dengan Encik Ngui Kui Yu, Encik Ho Chau Ho, Encik Chok Chin Ka, Encik Chung Thiam Choi, Encik Lim Cheong Hin dan lain-lain telah memulakan rancangan membangun semula sekolah ini. Bahan-bahan binaan pada ketika itu amat berkurangan selepas tamatnya perang ditambah pula dengan masalah kewangan. Nasib baik adanya sokongan daripada individu-individu yang mendokong pendidikan cinaq serta para ibu bapa, pembinaan semula sekolah dapatkan dilakukan. Bangunan sementara sekolah ini ketika itu berpindah ke Pantai Pasir Putih. Bangunan sekolah ketika itu amat daif. Sekolah ini pada ketika itu ditabir oleh Encik Liew Pak Hak dan Encik Lee Kim Feng masing-masing sebanyak 8 tahun. Mereka tekun menaburkan bakti tanpa mengharapkan balasan sehingga menyebabkan sekolah ini menempah banyak kejayaan.

Mulai tahun 1963, sekolah ini ditadbir oleh Encik Chew Sin Feng. Disebabkan bertambahnya jumlah murid dan bangunan ketika itu tidak mampu menampung bilangan murid yang semakin bertambah, maka pihak Lembagan Pengelola sekolah terpaksa membuat keputusan untuk memindah sekolah ini semula ke tapak asal sekolah ini pada tahun 1969. Hasil usaha selama 10 tahun , dua buah bangunan dua tingkat yang kekal berjaya dibina. Bangunan-bangunan itu memuatkan 12 buah bilik darjah dan sebuah asrama guru. Encik Chew telah bersara pada tahun 1973 selepas mentadbir sekalah ini selama 21 tahun. Tampuk pentadbiran kemudiannya diambil alih oleh ENCIK Lo So Chong dan beliau telah mentadbir sekolah ini sehingga beliau bersara pada tahun 1992. Semasa sekolah ini ditadbir oleh Encik Lo, asrama guru telah dirobohkan dan tapak itu telah digantikan dengan sebuah dewan serbaguna. Kerja pembinaan dewan ini dilketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah, iaitu YB Lau Phui Keong merangkap ADUN kawasan Cecily pada ketika itu.
Encik Liew Tsing Oi telah mengambil alih tampuk pentadbiran pada tahun 1995. Atas usaha yang dilakukan oleh Encik Liew, sekali lagi pentadbiran sekolah ini telah ditingkatkan ke tehap yang lebih gemilang. Selapas itu, Cik Liew Yuen Vunn telah dilantik untuk menjalankan tugas sebagai guru besar tahun 1998. Pada bulan Januari 1999 Encik Chin Den Min telah dilaktik menjagi guru besar dan mentadbir sekolah ini sehingga beliau bersara pada tahun 2004. Selepas itu, Puan Kong Li Li telah dilantik menjalankan tugas sebagai guru besar sehingga bulan Jun 2005. Pada masa ini Guru Besar sekolah ini ialah Puan Liminah Bte Yusof.
Walaupun lokasi SJK (c) Pei Ying agak terpencil, namun sekolah ini cepat membangun. Pemandangan sekolah ini bukan sahaja indah nian, malahan letaknya di atas bukit dan menghadap ke laut, dikelilingi pula oleh pepohon yang hijau merendang, ditambah pula dengan udaranya bersih, segar lagi nyaman. Kelebihan yang ada ini sudah cukup untuk melayakkan sekolah ini digelar sebagai sekolah yang ideal untuk menuntut ilmu.
Hasil usaha gigih tanpa jemu yang telah dilakukan oleh bekas-bekas Lembaga Pengelola sekolah untuk memajukan sekolah ini ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh individu-individu tertentu serta para ibu bapa, maka kini, sekolah ini telah menjadi sebuah sekolah cina yang moden dilengkapi dengan kemudahan asas yang moden. Jumlah murid yang berlajar di sekolah ini sebanyak 270 orang. Guru pula sebanyak 25 orang. Semua guru di sekolah ini guru terlatih dan kaya dengan pengalaman. Mereka ini amat mahir dan masak dengan sistem pendidikan sekolah rendah moden negara ini. Bekas murid-murid sekolah ini telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Selain itu, mereka juga menempah pencapaian yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dan akademik sehingga mendapat pujian daripada masyarakat dan para ibu bapa sendiri. Kejayaan ini telah menjadi titik tolak sekolah ini untuk melangkah ke arah yang lebih gemilang.